BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 30 September 2011

Seorang pakar motivasi berkata.."Tahun-tahun terbaik dalam hidupku..ku habiskan bersama wanita yang bukan isteriku.."

Hadirin disitu terkejut dan terpaku..
Dia kemudian menambah.."Dia ialah ibuku.."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan ketawa..

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut kemudian mencuba kata2 pakar motivasi itu dirumah..sambil memejamkan mata seolah-olah mendeklaminasikan sajak dan puisi..
Setelah makan malam,dia berkata dengan lantang didepan isterinya..
"Tahun-tahun terbaik dalam hidupku..ku habiskan bersama wanita yang bukan isteriku.."

Dia berhenti sejenak dengan mata yang terpejam cuba mengingati kata2 terakhir dari pakar motivasi tuh..

Ketika Mamat membuka mata..dia dapati dirinya terbaring di katil hospital..dalam wad ICU..baru saja mendapat rawatan akibat air panas.. -As-

0 comments: